KESIHATAN

10 Fakta Kolestrol Yang Bermanfaat Untuk Diri Anda


Anda tahu tak berapa kandungan kolestrol dalam diri anda?

Tahukah anda pelbagai komplikasi kesihatan yang boleh melanda diri anda apabila kolestrol ‘jahat’ terlalu banyak dalam badan anda.

Dalam artikel ini, saya nak kongsi dengan anda semua 10 fakta mengenai kolestrol yang perlu anda tahu:

1. Lemak tepu (saturated fat) daripada makanan adalah penyumbang utama kepada tingginya kolestrol dalam darah.

2. Kolestrol boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan daging merah, kuning telur & juga kepala ikan.

3. Kepekatan kolestrol dalam darah akan meningkat dalam wanita yang mula mengalami menopause. So bila dah berusia, diet tu kena jaga, jangan main belasah je makan

4. Apakah simptom tingginya kolestrol dalam darah? Lemah badan, meningkatnya berat badan dan pening kepala BUKAN simptom tinggi kolestrol. Kolestrol tak ada simptom. Nak tahu kolestrol tinggi atau rendah perlu cek darah anda di makmal.

5. Badan kita sangat perlukan kolestrol untuk sintesis hormon. Tapi harus diingat, kolestrol tersebut bukan datang daripada diet anda sebaliknya ia dihasilkan sendiri oleh badan anda.

6. HDL (high-density lipoprotein) adalah kolestrol baik. Ia dapat mencegah anda daripada serangan jantung.

7. LDL (low-density lipoprotein) adalah kolestrol jahat. Ia boleh mendap pada permukaan kapilari atau salur darah anda dan seterusnya menyebakan saluran darah anda tersumbat!

8. Fiber yang mudah larut air dan tinggi serat seperti OAT dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah. Kajian menunjukkan paras kolestrol LDL turun sebanyak 5% dalam kalangan seseorang yang gemar mengambil diet yang tinggi serat.

9. Kajian menunjukkan seseorang dewasa yang bersenam secara konsisten 6 kali seminggu, 30 minit setiap sesi dapat merendahkan paras kolestrol jahat (LDL) dan dapat meningkatkan kolestrol baik (HDL).

10. Ubat kolestrol iaitu kumpulan ‘-statin’ dapat menurunkan paras kolestrol jahat sebanyak 20%-55% dan juga dapat meningkatkan paras kolestrol baik. Selain daripada itu ia dapat menghadkan penghasilan kolestrol oleh hati dalam badan kita.

Ok! Diharapkan 10 fakta berkaitan kolestrol ini dapat memberi manfaat terhadap diri anda dalam usaha ‘berjuang’ untuk dapatkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Comments